Xanotopia Version 1.0

The Realm Where Abijan Roam

Monday, September 12, 2005

Xanotopia 1st Xanniversary

Assalamualaikum,
Sedar tak sedar dah setahun dah aku ter'jebak' dalam dunia bloggin' nie (eventhough kureng giler post...:P). So, pada kesempatan ini, aku nak ucapkan Happy 1st Xanniversary to Xanotopia, and thanx to all my friends and readers yang selalu menunggu dgn sabar (sabar ke..??) untuk aku meng'update' blog nie. Tanpa korang, siapalah Xanotopia.
So to all my blog readers, keep readin' my blog ya. Eventhough there is nothin' interestin' here, but I'm open to all ideas and comments. Ok, ya'll, STAY XANTASICO...!!!

Saturday, September 10, 2005

Smile... you're on candid camera

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, after waiting for a loooooooonnnnnnnnggggg time, akhirnya dapat jugak aku beli digi cam. Memang dah lama giler mengidam nak beli digi cam, walaupun sebenarnya aku dah ada digi cam, tp digi-cam yang bodo2 yang hanya mampu tangkap gambar 640X480 punya reso jer. Dah la kuat 'makan' bateri. Setiap kalinak guna jer kena beli bateri baru. Mmg tensen la aku guna digi cam yang lama tu (sian dia...)... hihihi.So, semenjak menggunakan digi-cam yang bodo2 tu, impian aku memiliki digi-cam yg ber'MEGA PIXEL' lg meluap-luap, sbb tu la aku beli handphone aku skang nie. Walaupun reso dia tak ber'MEGA PIXEL' tapi stil bole tangkap gambar and takder ler setiap kali nak tangkap gambar kena beli bateri baru. So jimat lah sikit duit bateri, juz bertambah skit duit letrik. Hihihihi:P

After some while using the phone, sekali lagi aku tergugat dengan kebanjiran phone2 and digi-cam2 yang ber'MEGAPIXEL'. Tapi masa tu hanya mampu tengok benda-benda tu sambil air liur meleleh2 jer (<- sekadar imaginasi penulis... hihihi). Yang dah ler tgh mengganggur, duit pun mintak kat mak lagi, duit poket pun cukup2 makan jer, takkan nak mintak duit beli digi-cam kot, MELAMPAU...!!! So, terpaksa la menahan nafsu bila tengok kebanjiran tersebut.

Skang nie bila dah kejer, masa first month tu mmg ada hati nak beli, tp kata2 hati berbicara, "Tunggu la dulu, gajipun bukan besar sangat", so aku pun turutkan kata hati. First month, ok lagi, second month, ok lagi, third month... tetiber jer officemate aku kat sini sumer giler digi-cam. Masing2 sibuk beli digi-cam. Ibarat virus yang tersebar melalui udara, aku pun terjangkit dengan kegilaan itu. Hihihihi... So, dengan sedikit bantuan my lovely mama, proposal aku membeli digi cam diluluskan... Hoyeee..!! Hoyeee..!! Akhirnya dapat jugak aku memiliki sebuah digi-cam yang kuidam-idamkan selama nie... dan sumer berkat kesabaran aku selama nie. Alhamdulillah...

Sejak ada digi-cam nie, balik rumah jer mesti x berenggang dengan digi-cam. Abis sumer sudut rumah aku tangkap. Gambar jam la, gambar kucing, gambar mama tengah tido, gambar tingkap dan macam-macam lagi la. Biasak la, demam dpt bender baru. Hihihihi. Dan dalam dua hari pertama jugak aku bawak kamera pegi opis. Ye la, saja nak tangkap gambar memember dan alasan yang sebenarnya ialah sebab tgh gian. Mgg aku akui, aku suka tangkap gambar. Kalau korang tgk album famili kat umah aku, kebanyakan nyer mesti gambar adik, mama n ayah jer. Gambar aku kureng sikit sebab aku suka tangkap gambar jer. Hihihihi... pelik2

So, moral of the story, dalam hidup kita kenalah letak objektif. When we have an objective, we will try very hard to achieve it. Tp jgn la hanya hangat2 s**t ayam jer... hihihi... ok lah... tu jer nak citer sebenarnya... okies y'all... Stay Xantastico...!!!


Picture of KL from my office

Monday, September 05, 2005

M.E.R.D.E.K.A

Assalamualaikum,

First of all, rasanya belum lambat for me to wish all my blog readers, “SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-48”, semoga korang sumer happy sentiasa di hari merdeka nie. Well, aku bercuti sakan minggu lepas. Siap amik cuti from 29 till 30 lagi. Bukannya apa, ada hal skit nk diuruskan and ianya juga adalah hasil advice from my teammates. Ye la, lepas ni keje makin banyak, takut kempunan nak cuti. So baik cuti sekang. Hihihi…

Bercakap pasal MERDEKA, banyak benda yang boleh didiskusikan. However, aku x nak la bercakap tentang bagaimana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebab aku pun bukannya minat dgn sejarah (hihihi… :P) biasak la… muka target dalam kelas sejarah… huhuhu… Sedar tak sedar, dah 48 tahun merdeka, walaupun aku hanya merasa sambut merdeka nie dalam 20 years jer, well, I’m not 48 years old though… hihihi… Banyak pencapaian yang kita dah capai walaupun the are some of it yang aku rasa cam x perlu jer… hihihi… tapi x nak komen lelebih pasal tu… kang x pepasal… hihii :P

Dalam masa 48 tahun nie jugak lah kita dapat lihat betapa berkembangnya minda dan pemikiran rakyat Malaysia. Kalau tengok dulu-dulu, kerja kerani kerajaan dah dipandang besar oleh society, tapi sekang (no offence to any gomen clerk ya… :P) pekerjaan macam doctor, lawyer, engineer lebih diberi perhatian. Bebudak zaman sekang pun makin advance. Pegi sekolah bawak handphone tuh. Aku masa kekecik dulu, handphone pun aku x kenal. Dulu bila nak ajak kawan gi main, kena la panggil diorang kat umah, tapi sekang nie, nak ajak gi main, bole pakai SMS jer. Contoh terdekat adik-adik sepupu aku la. Terkejut aku bila tgk diorang anta SMS kat aku. Ingatkan handphone mak bapak diorang, rupa2nya handphone sendiri tu… ish ish ish… Ganazzz… ^_^… bukan la aku x kasi diorang nak pakai handphone, juz macam terlalu awal jer. Tapi malas nak komen lelebih, tak tau la plak macam mana perangai, insya-Allah, anak-anak aku nanti.

Pasal merdeka nie jugak, aku teringat tentang kata-kata cikgu sejarah aku. Katanya, Tanah Melayu memang dah merdeka sebelum 1957 lagi. Sebabnya, negara kita memang xder ciri-ciri negara yang dijajah. Semua negara-negara yang pernah dijajah oleh British mesti ada Gabenor sebagai pemerintah. Tapi kalau dilihat di Tanah Melayu, cadangan perlantikan Gabenor berlaku semasa penubuhan Malayan Union. Namun berlaku penentangan terhadap penubuhan Malayan Union, dan penentangan ni berjaya. So, mmg Tanah Melayu xpernah dijajah secara rasmi. Cikgu aku jugak ada cakap, British dah merdekakan semua tanah jajahannya seawal 1940-an lagi. Tapi sebab Tanah Melayu xder dlm list negara jajahannyer, sebab tu kita merdeka lambat sikit. Kiranya macam, org tak jajah tetiba kita lak sesibuk mintak merdeka. Hihihi. Tapi itu sumer kata-kata cikgu sejarah aku. Siap dia buat buku lagi pasal hal nie, however, aku x berkesempatan nak baca buku nie. Kalau korang nak cari buku nie, cari la. Tajuk dia, ’31 Ogos yang silap: Tanah Melayu Tak Pernah Dijajah’, hasil tulisan Ahmad Ismail. Apa2pun aku x nak diskus benda nie lebih lagi, sebab pengetahuan aku pasal benda nie bukannya banyak. Takut salah info jer. Tapi kalau korang ada pandangan or komen juz post it here ya… 

Wah… panjang lebar celotehan aku kali nie. Well, tgh cuti, so mood pun tgh baik, otak pun tgh cergas, so ada kesempatan mcm nie, baik gunakan sepenuhnya. Sebenarnya tgh ada banyak post yang pending untuk dipublish kan, but sumer nyer jd macam citer tergantung jer. So, biarla diorang kat situ, jadi pekasam. Hihihihi…:P

Ok you guys, sampai sini je la. It feels so good to write sometimes and that’s why I love blogging (eventhough my blog is the one which rarely updated). Hihihi… harap2 boleh berkongsi knowledge and experience ngan korang. So keep on blogging ya beeXan and to all of you, stay Xantastico…!!!