Xanotopia Version 1.0

The Realm Where Abijan Roam

Monday, September 05, 2005

M.E.R.D.E.K.A

Assalamualaikum,

First of all, rasanya belum lambat for me to wish all my blog readers, “SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-48”, semoga korang sumer happy sentiasa di hari merdeka nie. Well, aku bercuti sakan minggu lepas. Siap amik cuti from 29 till 30 lagi. Bukannya apa, ada hal skit nk diuruskan and ianya juga adalah hasil advice from my teammates. Ye la, lepas ni keje makin banyak, takut kempunan nak cuti. So baik cuti sekang. Hihihi…

Bercakap pasal MERDEKA, banyak benda yang boleh didiskusikan. However, aku x nak la bercakap tentang bagaimana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebab aku pun bukannya minat dgn sejarah (hihihi… :P) biasak la… muka target dalam kelas sejarah… huhuhu… Sedar tak sedar, dah 48 tahun merdeka, walaupun aku hanya merasa sambut merdeka nie dalam 20 years jer, well, I’m not 48 years old though… hihihi… Banyak pencapaian yang kita dah capai walaupun the are some of it yang aku rasa cam x perlu jer… hihihi… tapi x nak komen lelebih pasal tu… kang x pepasal… hihii :P

Dalam masa 48 tahun nie jugak lah kita dapat lihat betapa berkembangnya minda dan pemikiran rakyat Malaysia. Kalau tengok dulu-dulu, kerja kerani kerajaan dah dipandang besar oleh society, tapi sekang (no offence to any gomen clerk ya… :P) pekerjaan macam doctor, lawyer, engineer lebih diberi perhatian. Bebudak zaman sekang pun makin advance. Pegi sekolah bawak handphone tuh. Aku masa kekecik dulu, handphone pun aku x kenal. Dulu bila nak ajak kawan gi main, kena la panggil diorang kat umah, tapi sekang nie, nak ajak gi main, bole pakai SMS jer. Contoh terdekat adik-adik sepupu aku la. Terkejut aku bila tgk diorang anta SMS kat aku. Ingatkan handphone mak bapak diorang, rupa2nya handphone sendiri tu… ish ish ish… Ganazzz… ^_^… bukan la aku x kasi diorang nak pakai handphone, juz macam terlalu awal jer. Tapi malas nak komen lelebih, tak tau la plak macam mana perangai, insya-Allah, anak-anak aku nanti.

Pasal merdeka nie jugak, aku teringat tentang kata-kata cikgu sejarah aku. Katanya, Tanah Melayu memang dah merdeka sebelum 1957 lagi. Sebabnya, negara kita memang xder ciri-ciri negara yang dijajah. Semua negara-negara yang pernah dijajah oleh British mesti ada Gabenor sebagai pemerintah. Tapi kalau dilihat di Tanah Melayu, cadangan perlantikan Gabenor berlaku semasa penubuhan Malayan Union. Namun berlaku penentangan terhadap penubuhan Malayan Union, dan penentangan ni berjaya. So, mmg Tanah Melayu xpernah dijajah secara rasmi. Cikgu aku jugak ada cakap, British dah merdekakan semua tanah jajahannya seawal 1940-an lagi. Tapi sebab Tanah Melayu xder dlm list negara jajahannyer, sebab tu kita merdeka lambat sikit. Kiranya macam, org tak jajah tetiba kita lak sesibuk mintak merdeka. Hihihi. Tapi itu sumer kata-kata cikgu sejarah aku. Siap dia buat buku lagi pasal hal nie, however, aku x berkesempatan nak baca buku nie. Kalau korang nak cari buku nie, cari la. Tajuk dia, ’31 Ogos yang silap: Tanah Melayu Tak Pernah Dijajah’, hasil tulisan Ahmad Ismail. Apa2pun aku x nak diskus benda nie lebih lagi, sebab pengetahuan aku pasal benda nie bukannya banyak. Takut salah info jer. Tapi kalau korang ada pandangan or komen juz post it here ya… 

Wah… panjang lebar celotehan aku kali nie. Well, tgh cuti, so mood pun tgh baik, otak pun tgh cergas, so ada kesempatan mcm nie, baik gunakan sepenuhnya. Sebenarnya tgh ada banyak post yang pending untuk dipublish kan, but sumer nyer jd macam citer tergantung jer. So, biarla diorang kat situ, jadi pekasam. Hihihihi…:P

Ok you guys, sampai sini je la. It feels so good to write sometimes and that’s why I love blogging (eventhough my blog is the one which rarely updated). Hihihi… harap2 boleh berkongsi knowledge and experience ngan korang. So keep on blogging ya beeXan and to all of you, stay Xantastico…!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home