Xanotopia Version 1.0

The Realm Where Abijan Roam

Friday, October 01, 2004

Alhamdulillah...

Hmmm... sekali lagi aku meninggalkan blog ni. Memang sibuk gila minggu lepas. Sibuk sebab buat PSM last minute. Memang cuak betul ketika itu. Hanya Allah jer yang faham perasaan aku masa tu. Ye la, malam sebelum present tu, baru aku perasan ada major error dalam sistem aku. Hampir nak nangis aku malam tu. Tapi nasib baik ada sahabat2 yang sudi teman aku malam tu. Kiranya kurang sikit tekanan sebab dengar gelak ketawa diorang. Thanx a lot to achai, sabi n jan. You all really helped me that night.

Malam tu juga aku sedar betapa tingginya kasih sayang Allah terhadap hamba2nya. Walaupun betapa runsingnya perasaan kita, berserahlah kepadaNya, insya-Allah, kita akan diberi petunjuk dan ketenangan. Memang memula tu aku kelam kabut sikit. Tapi lepas bukak mp3 Yasin, Alhamdulillah, tenang sikit fikiran dan berlambak-lambak idea yang datang. Syukur kepada Allah.

Aku tidur lepas solat Subuh, bukan sebab dipaksa, tapi mmg mata aku yang berat nak ditutup. Akhirnya aku paksa diri untuk tidur takut blur masa present nanti. Aku tidur jam 7.00pg dan bangun jam 9.00pg. Memang singkat sangat. Tak tau la kenapa nafsu tidur aku berkurang hari tu. Tapi biasala, hati dah berdebar2, memang takder selera la nak tido.

Lepas mandi, aku terus menghadap PC, tambah sikit fungsi kawalan masukan pengguna. Tetiber terdengar bunyi dari handphone aku. Rupa2nya mama aku hantar SMS, 'InsyaAllah anak mama mesti boleh buat, mama doakan abang'. Aku terus terharu dan jadi lebih bersemangat. Memang terus segar walaupun tidur hanya 2 jam aja.

Pukul 12.00 tgh, sistem aku siap sepenuhnya, tp hati masih risau disebabkan sistem testing tak dibuat betul2. Ya Allah, harap2 jgnlah keluar error masa present nanti. Bertambah2 debaran aku. Lepas solat Zuhur, aku pun bertolak ke fakulti dengan Achai, An_urb, Nas dan Pejek. Aduh, kenapa makin berdebar hati aku nih???

Sampai kat fakulti, hujan renyai2, so fakulti mmg lengang. Aku pun terus naik ke lab jabatan aku. Takder org. So tunggula kat foyer jabatan. Lepas 2-3 minit, pintu lab dibuka. Aku pun masuk la sementara nak tunggu giliran aku. Aku merupakan orang kedua present petang tu. Cuaknyer.

Makin cuak jadinyer biler tengok orang pertama present, sistem dia sama jer dengan sistem aku. Juz subjek jer yang lain. Aku buat geografi dia buat Matematik tahun 2. Tengok dia kena soal ngan PM Safie, adus... guer bisa mati begini sih. Aku trus diam seribu bahasa...

"Sekarang dijemput pembentang kedua dengan sistemnya Sistem Pembelajaran Geografi PMR Secara Atas Talian". Wah, terasa nak tercabut jantung aku. Dengan 'control tenang' aku melangkah ke hadapan. On PC, tunggu boot. Bila dah keluar display, aku pun mula membentang......

Alhamdulillah, mmg itulah perkataan pertama yang bermain di minda aku selepas aku mengucapkan 'Sekian, terima kasih'. Terima kasih kepada semua yang membantu aku. Terima kasih ya Allah, terima kasih mama, terima kasih sahabat, terima kasih Pn Norsham selaku penyelia dan terima kasih semua. Alhamdulillah sistem aku tak perlu dire-demo walaupun masih ada kelemahan. Terima kasih juga kepada penilai2 iaitu Pn Ruhaidah dan PM Safie, walaupun PM Safie cerewet giler hari tu (siap suruh tambah fungsi lagi) tapi aku lega sebab dah abis. Sesungguhnya, dengan usaha dan doa, Allah sentiasa akan membantu kita. Insya-Allah. Wassalam

3 Comments:

Post a Comment

<< Home