Xanotopia Version 1.0

The Realm Where Abijan Roam

Sunday, November 28, 2004

Raya @ Gombak

Actually post nie kena letak hari Sabtu, tp masa tu xder mood plak nak buat ulasan. Tapi x kesah lah yek. Baca ajer. Wekekekek :P

Semuanya berlaku lepas iza8 call aku ajak pegi beraya rumah kengkawan area Gombak. Aku pun setuju jer. Ye la, mmg dh beberapa hari jugak aku tak gi beraya. So bila ada peluang camnie, baik aku pegi. Memula plan nak gi ari Ahad, tp sepupu aku bertunang plak ari tu. So dipercepatkan ke hari Sabtu.

Jam 1.50ptg aku kuar dr rumah. Mmg agak lewat la. Sbb janji ngan bebudak nie kul 2.00ptg. Perjalanan dr umah aku ke PUTRA Gombak tu plak dlm 15 minit. Sori la yek kengkawan. Ada hal sikit la. Sampai jer kat PUTRA Gombak, nampak la 1kHz, iza8 n Dira terkedek2 dtg kt keter aku. Wekekekekek. Jgn marah yek. N XPDC beraya kami pun bermula.

Memuler kitorang ke rumah Dira, walaupun dia menolak pd mulanya dgn alasan x nak gi umah dia dulu. Tp memandangkan umah dia yg paling dekat dgn PUTRA Gombak tu, kitorang pegi je la. Sampai kat umah Dira dlm kul 2.30ptg. Kat umah dia makan kuih jer, ye la sebab Dira pun baru balik keje n mak dia xder kt umah. Tp x kisah la, sbb baru lunch kt umah. Kitorang duk kt umah Dira sambil berborak2 n tunggu Fadil dtg. tp masa tu trasa giler la. Ye ler. Sumer dh keje, aku je blum keje lg. bila diorang borak pasal kejer, aku pun diam jer ler. Ye la, penganggur terhormat katakan.

Pukul 3.30ptg baru la Fadil sampai rumah Dira dgn Azmi n Lobo. Borak2 sikit, pastu terus berangkat ke rumah Fadil laks. Yg lawaksnyer, dekat giler umah Fadil ngan umah aku. Baru sekarang aku tau. Wekekekek. Sori la Fadil. Taun depan aku dtg raya lg yek. Kat umah Fadil kitorang makan Mee Kari n Jajan. Aku sebenarnyer not familiar sgt dgn istilah Jajan nie. Rasanya Jajan nie sama dgn Cikedis kan. Kalau salah tolong betulkan yek. Lepas kenyang melantak Mee Kari, kitorang serang rumah beeXan laks. Eh, sapa beeXan tu yek, macam kenal jer.

Sampai kt umah beeXan yg buruk lg kecil itu pula, kami dihidangkan dgn Mee Goreng. Actually mama beeXan nak mintak maaf sebab terletak sekor udang jer dlm mee tu. Sebenarnyer tak nak letak udang pun. Maybe udang tu sengaja masuk ke dalam kuali tu kot. Wekekekekek. N tahniah la kepada 1kHz kerana berjaya memakan udang itu dengan jayanya. Hihihi. Lepas puas berborak2 kitorang pun beransur pulang dari umah beeXan. Aku pun trus anta bebudak nie ke PUTRA Gombak. Then, cerita pun tamat.

Anyway, tima kasih la kepada sumer kengkawan yg sudi dtg ke umah beeXan tu. Nanti kalau sesenang dtg la lg. Jgn tunggu raya baru nk dtg. Wekekekeke. Ok la, Selamat Hari Raya kepada sumer. Kepada pembaca blog yg lain, kalau nak dtg umah, bgtau la yek. Kalau tak bgtau, dpt makan kuih raya je ler. Wekekekek :P

Saturday, November 27, 2004

Just For Laugh

Pada suatu hari yang tenang...

[telefon berdering] troot... troot

Mr. X: Hello, Talian Bantuan IT. Boleh saya bantu?

Mr. Y: Ya, komputer saya ni bermasalah la bila nak install Microsoft Office. Boleh tak bgtau kenapa?

Mr. X: Sebelum kita pergi lebih jauh, boleh tak Encik beritahu, Encik pakai Windows apa?

Mr. Y: Saya pakai Windows Media Player

Mr. X: ??????

Sunday, November 21, 2004

Seminggu Berhari Raya

Selamat hari raya kepada semua. Walaupun dah seminggu berhari raya, tapi mood raya tu still on lagi. Mana taknya, pegi mana2 mesti asik dengar lagu raya jer. Wekekekek. Dan disebabkan seminggu beraya jugak la aku dah seminggu tak update blog. bukan sebab sibuk sampai tak bole online, tapi sebab xder idea menulis, iyerla perut kenyang makan juadah raya so otak pun jadi lembap. Wekekekek. Pepehal, I'll wrap things up for this whole raya week.

1 Syawal 1425
Tahun ni seperti tahun lepas, aku beraya kat Melaka, rumah Mak Long aku. Memang best beraya kat sini sebab kemeriahan tu lebih. Ye la, kalau kat KL, kawasan perumahan aku cuma tinggal berapa kerat jer yg tak balik kampung. Mmg lengang la kawasan tu. So baik beraya kat kampung, lagi best.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun, sbb jiran tetangga kawasan rumah mak long aku ni pelik sikit. Kengkadang pukul 6.30pg pun dah ada org dtg beraya. So utk mengelakkan malu, baik aku bangun awal. Ye la, takkan nak sambut tetamu dgn muka baru bangun tido kot. Tapi malangnya, tahun nie takder pulak org yg dtg pagi. Isk isk isk, rugi waktu tidur aku. Wekekekek. Pukul 7.00pg aku start gosok baju. Kesian giler kat adik aku, baju dia koyak sebab 'iron' panas sgt. Tu ler, aku mintak tolong gosokkan baju aku dia malas. Sekang terima padahnya. Wekekekeke. Tapi kesian lak tgk dia. Ye ler, baju blum pakai, tp dah koyak pulak. Nasib baik sikit jer, kira bahagian bawah poket belah bawah. So pakai samping tak nampakla. Tp mmg hampa giler muka dia pagi tu.

Pukul 8.00pg lepas mandi, trus pegi Masjid Al A'zim. Mmg setiap tahun kalau beraya kat Melaka mesti semayang kt situ. Best la. dpt bersalaman dgn ketua menteri Melaka. Hihihihi. Pastu kat situ gak port kengkawan ex-MRSM aku yg duk Melaka. Kiranya sambil menyelam minum air la. Boleh berjumpa ngan kengkawan lama kat situ.

Habis semayang raya, bermula la pulak sesi "salam-bersalaman maaf-bermaafan". Aku ngan adik aku mmg seronok giler masa sesi nie. Mesti berlakula adegan2 sedih telenovela latin, ala-ala Rosalinda gitu. Wekekekek. After that tunggu tetamu dtg. Kalau duk kat rumah mak long aku, mmg raya pertama mmg kitorang tak ke mana2. Sbb raya pertama camnie, rumah mak long aku jadi pusat perkumpulan sedara mara, almaklum la kakak sulung. So aku juz duk rumah je ler. Layan sedara mara yg dtg. Slalunyer masa raya2 camnie la berpeluang nk berkenalan dgn sedara mara. Pastu mulala aku bertanya soalan cepumas kat either mama atau mak long aku, "Dia tu saper?", "Dia tu sedare belah mana?", "Datuk dia ngan datuk kita sepupu? Maksudnya saya nie 3 pupu dia la?". Wekekekek. Tapi biasak la. Balik kampung pun setahun 2, 3 kali jer, mana nak kenal sumer sedara. Kalau sedara dekat tu ok jugak. Ini sedara jauh. Adusss. Lelagi keluarga belah ayah aku ada darah India pulak. Kengkadang ada jugak org India dtg rumah, mula la Pak Long ngan Pak Ngah 'speaking' tamil. Aduiihh mak, mampoih aku tak paham. So duk diam2 buat bodoh sudah. :P

Yang aku tak tahannyer, terkeluar la soalan dari sedara mara seperti, "Eh, ko dah abis blajakan, bila nak keje?", "Eh, ko bila nak kawin?". Soalan2 camtu sebenarnyer buat aku rimas plak. Soalan pertama tu ok lagi, tapi tang soalan kedua tu. Rileks la, nak enjoy dulu. Kena la kumpul harta dulu. Takkan nak bagi anak org makan pasir kot. Hihihihi.

2 Syawal 1425
Raya pertama dah duk rumah, so raya kedua giliran kita keluar beraya pulak. Tapi pergi satu rumah jer. Gi rumah kakak sepupu aku. Dia buat open-house. Cantik la tu, aku pun mmg lapar giler masa tu. Sampai kat situ, ada plak mak ngah ngan pak ngah. So x jadi la pegi umah diorang. Ye ler, dah dua kali jumpa, petang nanti nak balik KL. So beraya 2 in 1 la namanya nie. Hihihihi. Lepak rumah kakak sepupu aku sampai kul 1.00ptg. Dlm kul 1.30ptg tu kitorang bertolak balik KL. Bukan x nak lepak lelama kat Melaka, tp adik aku keje hari Rabu n esok plak nak pegi beraya rumah sedara mara kat KL. So kena la balik. Dalam perjalanan balik ke KL, teringat plak nak singgah umah acoi. So aku pun call la dia, n kitorang pun singgah la umah acoi. Ye ler dah alang2 lalu Senawang baik singgah.

Sampai kat umah dalam kul 6.00ptg. Jalan jem dr tol Senawang sampai tol Seremban. Aduih, mmg lenguh kaki main clucth. Tu yg sampai2 kat umah aku trus tido. Tp x lama la. Waktu maghrib mak aku dh memanggil suh bangun. So terpaksa tahan mata sampai Isya'. Betul2 lepas semayang Isya', trus aku tido...ZZzzz...

3 Syawal 1425
Hari ni juz pegi jalan2 umah sedara belah mama plak. Cam biasa la. Soalan2 cepumas tu ditanya semula. Jawapan2 aku pun semuanya jawapan yg sama jer. Kalau boleh nak rakam dlm tape recorder, bila org tanya replay jer balik. Hihihii.

Petang plak duk umah melayan tetamu yg dtg (ceh mcm lirik lagu raya plak). Xder la ramai pun, juz jejiran keliling rumah. Malam pun x gi memaner, juz duk rumah melayan tv. Biasak la, raya2 camnie kan banyak rancangan menarik kat TV. So layan la.

4 Syawal 1425
Harini dah start boring sikit, ye la, adik aku dh start keje. Kengkawan yg lain pun dah ada yg dah start kejer. So layan tv ler sengsorang. Petangnye aku kuar gi Selayang Mall, carik dvd game PS2. Mmg aku memborong game ler aritu. Sampai 5 dvd aku beli. Hihihihi. Boring punyer psl. Aku beli Need for Speed Underground 2(NFSU2), The Urbz, The Lords of The Rings: The Third Age, Viewtiful Joe, n GTA: San Andreas. Sampai kat umah, trus start main NFSU2. Best gak game nie. Byk upgrade dr game yg first. So apalagas. Melekat ler aku dpn Tv main PS2. hihihihi.

5 Syawal 1425
Harini kengkawan aku ajak gi tgk The Incredibles. Mmg best citer nie. Trase cam nak tgk lg. Serius best giler. Hihihihi. Nanti nak cari la DVD dia. So aku nyer opinion, baik korang gi tgk. hiihihihi. Petang plak cam biasa, layan NFSU2 ler. Hihihihi

6 Syawal 1425
Harini duk rumah jer. Takder org dtg n aku pun tak kluar ke mana2. Juz duk umah main PS2 jer.

7 Syawal 1425
Arini ada jugak jejiran aku yg buat open-house. Kiranya harini melawat open-house jer ler. Mmg kenyang giler. Bertambah2 lg ler berat badan aku nanti. Hihihihi.

Well, tu jer ler perkara yg berlaku sepanjang seminggu beraya. Mmg best sbb ada gak insan2 yg kasihan dan bg duit raya kat aku. Ingatkan dh tak dapat. rupa2 nye dapat jugak. Alasannya sebab aku x keje lg. Wekekekek. So kepada semua pembaca blog ni, sekali lagi aku ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Saturday, November 13, 2004

Salam Lebaran

Pada kesempatan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca blog ini khususnya kepada kengkawan bloggerz, kengkawan UTM, kengkawan MRSM, dan semua yang mengenali diri ini. Semoga dengan tibanya Aidilfitri ini, persahabatan kita semua menjadi lebih erat dan dirahmati Allah hendaknya. Jemput la datang ke rumah yek...!!!
p/s: kalau nak datang rumah bagitau dulu, takut takder kat umah nanti buat penat je datang :)

Saturday, November 06, 2004

Boring Week

Hmmm... lama gila aku tak tulis blog. Nak kata busy, takder la busy sangat. Nak kata takder idea, ada la jugak. Maybe sebab malas kot. Well, after all tu la alasan yang paling tepat sekali. Wekekekeke. So in this blog I'll wrap things up this whole week.

Monday (1 November 2004)
Today was my first day working, memang memuler tu cam malas jer nak kejer. Tapi dah terikat dgn peribahasa "rezki jgn ditolak, musuh jgn dicari", aku pun pegi la kejer. Lagipun bos tempat praktikal aku tu beriya-iya suruh aku pegi kejer. So aku pun pegi je la.

Everything was fine until finally my boss came into the office. "Xan, awak pegi buat dokumen ni", "Xan awak pegi copy file kat org tu", "Xan awak tolong translate user manual", "Xan awak tolong buat error-checking". Masya-Allah, pening kepala aku. Dah ler tgh poser. Sabo je la. Masa tu, dalam kepala otak aku ni terfikir nak resign jer. Tapi lek2 dulu. Wekekekek.

Balik rumah, terus merungut depan mama. Mama juz gelak jer. Mama kata, "Awak tu baru jer abis belaja 4 tahun 1/2, relaks2 la dulu.". Hmmm... betul jugak cakap mama yek. Nanti la aku fikir balik.

Tuesday (2 November 2004)
As usual, aku gi office hari ni. Bos aku xder kat ofis. Staff lain kata dia gi meeting n ader dgr sok sek dari staf sekeliling yang bos aku kena *BANG* masa meeting. Alamak, camner aku nak jumper dia nie??? Dalam kepala otak aku ni terfikir nak resign jer. Memang takder mood nak buat kejer.

Around pukul 2.00 ptg baru bos aku masuk ofis. Dgn muka resah sambil tepuk2 kepala, dia mundar mandir keliling ofis. Alamak, lagi payah la camnie. Aku xleh nak buat apa, juz duk dpn PC buat kejer. Sesambil tu aku mencari peluang untuk bersemuka dgn dia.

Tetiba bos aku keluar, aku pun tunggu la. Rupa-rupanya dia dah balik. Uwaaaaa, leceh la mamat tu. Macam tau2 jer aku nak resign. Dia lari dulu rupanya. So terpaksa guna Plan B. Malam nanti aku telefon dia.

Tepat jam 5.00 ptg, aku pun bergegas pulang. On the way to my car, terjumpa la dgn bos aku. So peluang ni aku tak lepaskan. Aku terus menyatakan hasratku untuk resign. And nak tau apa reaksi dia, "Janganlah macam ni, you kena kerja sini". Mmg memula traser bangga sbb traser cam org penting, tapi bila terfikir bebanan kerja yang diberi, baru teringat yang aku kat situ ibarat ofis boy + typist + secretary + translator. So trus aku argue, aku nak resign gak. Aku bagi alasan yang aku tak leh keje situ selama2nya sbb nanti nak kena keje JPA jugak. Pastu sesedap hati jer dia cakap, "Ala, JPA tu awak buat tak tau jer. Nanti diorang senyap jer". Eh-eh, sesuker hati jer dia. Dah la abg sepupu aku pegawai kat JPA tu. Lagi senang la diorang trace. Wekekekekeke. Dekat 20 minit jugak la kitorang argue dekat parking lot tu. Dan kesudahannya, I'm officially resign. Walaupun kitorang argue sampai camtu. Tapi bos aku still cool. Kira ok la dia tu. Sori ya bos. Hihi. So aku berjaya buat rekod dalam hidup aku. Resign setelah bekerja selama dua hari. Wekekekekek :P

Wednesday (3 November 2004)
Harini memang aku tak buat apa, juz relaks dan celebrating the victory sebab menang argue dgn bos aku semalam. Wekekeke. Sesambil tu tolong mama buat pineapple tart. Mama aku tahun ni amik tempahan buat tart. Banyak giler, sampai aku separuh giler tgk kuih tart. Hari-hari aku merungut kat mama yang dia tamak sangat. Tapi mama sengih je la. Hihihihi. Usually benda2 camnie yang buat aku respek pada insan yang bernama mama. Semua kerja dia boleh buat. Buat kuih tart utk dijual, masak untuk berbuka, kemas rumah dll. Aku slalunya juz tolong basuh baju jer. Ye la, takkan aku nak masak plak. Aku masak nanti ikut selera aku jer la. Mana ler guer tau masak gulai tempoyak ker, kari kepala ikan ker dll. Setakat buat sambal or goreng2 tu boleh la. Wekekekeke.

Thursday (4 November 2004)
Nothing interesting happens today (Sebenarnya dah lupa... wekekekek :P)

Friday (5 November 2004)
Gi semayang jumaat...

That's all for today, nanti ada mood lagi aku tulis la lagi. Wekekekeke...