Xanotopia Version 1.0

The Realm Where Abijan Roam

Sunday, November 28, 2004

Raya @ Gombak

Actually post nie kena letak hari Sabtu, tp masa tu xder mood plak nak buat ulasan. Tapi x kesah lah yek. Baca ajer. Wekekekek :P

Semuanya berlaku lepas iza8 call aku ajak pegi beraya rumah kengkawan area Gombak. Aku pun setuju jer. Ye la, mmg dh beberapa hari jugak aku tak gi beraya. So bila ada peluang camnie, baik aku pegi. Memula plan nak gi ari Ahad, tp sepupu aku bertunang plak ari tu. So dipercepatkan ke hari Sabtu.

Jam 1.50ptg aku kuar dr rumah. Mmg agak lewat la. Sbb janji ngan bebudak nie kul 2.00ptg. Perjalanan dr umah aku ke PUTRA Gombak tu plak dlm 15 minit. Sori la yek kengkawan. Ada hal sikit la. Sampai jer kat PUTRA Gombak, nampak la 1kHz, iza8 n Dira terkedek2 dtg kt keter aku. Wekekekekek. Jgn marah yek. N XPDC beraya kami pun bermula.

Memuler kitorang ke rumah Dira, walaupun dia menolak pd mulanya dgn alasan x nak gi umah dia dulu. Tp memandangkan umah dia yg paling dekat dgn PUTRA Gombak tu, kitorang pegi je la. Sampai kat umah Dira dlm kul 2.30ptg. Kat umah dia makan kuih jer, ye la sebab Dira pun baru balik keje n mak dia xder kt umah. Tp x kisah la, sbb baru lunch kt umah. Kitorang duk kt umah Dira sambil berborak2 n tunggu Fadil dtg. tp masa tu trasa giler la. Ye ler. Sumer dh keje, aku je blum keje lg. bila diorang borak pasal kejer, aku pun diam jer ler. Ye la, penganggur terhormat katakan.

Pukul 3.30ptg baru la Fadil sampai rumah Dira dgn Azmi n Lobo. Borak2 sikit, pastu terus berangkat ke rumah Fadil laks. Yg lawaksnyer, dekat giler umah Fadil ngan umah aku. Baru sekarang aku tau. Wekekekek. Sori la Fadil. Taun depan aku dtg raya lg yek. Kat umah Fadil kitorang makan Mee Kari n Jajan. Aku sebenarnyer not familiar sgt dgn istilah Jajan nie. Rasanya Jajan nie sama dgn Cikedis kan. Kalau salah tolong betulkan yek. Lepas kenyang melantak Mee Kari, kitorang serang rumah beeXan laks. Eh, sapa beeXan tu yek, macam kenal jer.

Sampai kt umah beeXan yg buruk lg kecil itu pula, kami dihidangkan dgn Mee Goreng. Actually mama beeXan nak mintak maaf sebab terletak sekor udang jer dlm mee tu. Sebenarnyer tak nak letak udang pun. Maybe udang tu sengaja masuk ke dalam kuali tu kot. Wekekekekek. N tahniah la kepada 1kHz kerana berjaya memakan udang itu dengan jayanya. Hihihi. Lepas puas berborak2 kitorang pun beransur pulang dari umah beeXan. Aku pun trus anta bebudak nie ke PUTRA Gombak. Then, cerita pun tamat.

Anyway, tima kasih la kepada sumer kengkawan yg sudi dtg ke umah beeXan tu. Nanti kalau sesenang dtg la lg. Jgn tunggu raya baru nk dtg. Wekekekeke. Ok la, Selamat Hari Raya kepada sumer. Kepada pembaca blog yg lain, kalau nak dtg umah, bgtau la yek. Kalau tak bgtau, dpt makan kuih raya je ler. Wekekekek :P

1 Comments:

  • At 10:07 AM, Blogger Ikhwan Hayat said…

    tak sangka pulak udang tu ada satu je, patut la org lain carik tak jumpa2.. wah bangganya aku dpt makan udang tu! hinssf.. hinssf.. (mengawal lubang hidung)

     

Post a Comment

<< Home