Xanotopia Version 1.0

The Realm Where Abijan Roam

Monday, January 10, 2005

Mimpi Tsunami

Dah hampir 2 minggu bencana Tsunami melanda negara2 di rantau Asia. Memang sedih dan pilu melihat impak dan kesan bencana tersebut. Memang sukar nak dipercayai perkara sedemikian boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Betapa besarnya kekuasaan Illahi. Kita sebagai hambaNya yang kerdil hanya mampu berdoa dan redha dengan ketentuanNya.

Dalam masa dua minggu ni juga, media massa dan media cetak tak putus2 menyiarkan berita2 terkini mengenai mangsa2 dan kawasan2 yang terkena impak bencana tersebut. Aku rasa sebab tu jugalah tiap2 malam aku asyik mimpi pasal Tsunami jer. Fikiran aku asyik terfikirkan pasal Tsunami akibat pengaruh media la. Betapa besarnya pengaruh media terhadap kehidupan kita umumnya dan aku khususnya. Siap mimpi pergi berkelah ngan kengkawan, and tetiba ada ombak besar yang datang. Tapi aku selamat plak dlm mimpi tu, and kengkawan aku pun sumer selamat. Maybe akal aku tak membenarkan aku melihat kengkawan aku lenyap dari fikiran. Hmmm…

Dalam masa terdekat ni, aku slalu mimpi yang pelik2. Mungkin sebab aku boring sangat agaknya. Ye la, aku ni mmg suka berimaginasi. Bila dah bosan, makin giat la kepala otak aku berimaginasi. Kengkadang rasa cam x normal plak. Aku slalu berimaginasi yang aku ada ‘super powers’. Hmmm… tak yah la aku nak citer lebih lanjut pasal imaginasi aku. Kang aku dicop gila plaks.. hihihi….

That’s it for today, nothing much to say becoz don’t have anything to write. Not really good at writing though. Mmg teringin nak buat blog nie more interesting, tapi xder idea la. Kalau korang ada cadangan bagitau la. Kalau nak ajar pasal programming, aku rasa aku nie still di peringkat bayi yang baru meniarap lagi. Kalau korang nak blaja ASP.Net, blaja la dgn 1kHz, dia dh ngaku yang dia terror. Heheheh…. Nak buat artwork sendiri, I’m not that creative. Nak tengok artwork besh, tengok la artwork analogy. Hmmm, nothing special bout myself. Just another guy that love to babbling out loud… wekekekek :P

Saturday, January 01, 2005

Selamat Tahun Baru Masihi 2005

It’s been a while since my last entry in this blog. Bukannya malas or not komited, tapi xder benda menarik yang nak ditulis. Life’s pretty boring in past few weeks. Still searching for job n still don’t have any replies. Hmmm… boring2. Memang susah nak cari kerja sebenarnya. Aku ingatkan senang jer. Hihihi. Tapi aku still berusaha, Insya-Allah ada rezki nanti, ada la kerja.

Pada kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi kepada semua pembaca blog. Apa azam korang tahun baru ni? Tak tahu la dgn korang, tp aku x pernah ada azam tahun baru. Bg aku kalau nk buat benda baik tak payah nak tunggu tahun baru. Hihihihi. Jgn marah yek. Juz my opinion jer. Sbb aku jadi kelakar plak tgk bila org jumpa kita waktu tahun baru nie mesti tanya soalan yang sama, “Apa azam tahun baru ko?”. Hihihihi.

Dalam beberapa hari ni, banyak kejadian buruk yang menimpa dunia esp. Malaysia. Tsunami or ‘Ombak Pelabuhan’ yang melanda pantai2 belah utara Semenanjung betul2 memeranjatkan. Selama ni kita sangkakan Malaysia ni selamat drpd bencana2 semacam tu, tapi Allah itu lebih berkuasa. Dalam sekelip mata jer Yang Maha Kuasa boleh melenyapkan hampir 200,000 hamba-Nya dr muka bumi ni. Masa memula dengar berita, aku macam x percaya jer. Tp bila dpt liputan yg lebih meluas, terus aku terasa betapa kecilnya kita sebagai hamba. Tgk gambar mayat2 bergelimpangan dan terapung2 dalam air, sedihnya. Apa agaknya perasaan diorang. Aku pun turut bersedih bg pihak diorang. So, to all readers of this blog, sama2 la kita berhenti sejenak, kepada kita yg muslim, sesama la kita menyedekahkan Al-Fatihah bt roh arwah2 yg meninggal dlm tragedi itu. Al-fatihah…