Xanotopia Version 1.0

The Realm Where Abijan Roam

Saturday, October 09, 2004

DCK 2000 @ Danga Bay

8 Oktober 2004, pada hari ni, aku buat final demo dengan penyelia. Mula-mula berjalan lancar, tiba-tiba keluar error. Alamak, malu gila aku time tu. Penyelia aku sengih jer. Nasib baik bukan major error. So, aku godek sikit-sikit depan penyelia, bila dah ok aku pun terus la men'demo' sistem aku yang tak seberapa tu. Nasib baik lepas. Hihihihi :p

Malam pulak ada gathering budak-budak DCK 2000. Well, mula-mula tu macam tak nak pergi, tapi dah ramai kengkawan UTMP yang ajak, so aku pun ikut la. Lagipun takder program pun malam tu.

Well, lepas maghrib aku bersiap-siap nak pergi. Tapi masa tu hujan lebat jugak la. And masa tu kitorang yang seramai 7 orang nie berkumpul la depan bilik Sirapz. Deep cakap ada bebudak lain nak tumpang, tapi tak nampak pun batang hidung, hihihi. So aku jalan dulu ngan An_Urb, Woohuu, CK n MestDelMa.

Sesampai jer kat Danga Bay, aku dah mula terasa terasing. Ye la, walaupun kitorang ni bebudak DCK 2000, tapi kitorang join bebudak JB start masa tahun 3. So perbedaan tu memang terasa la. Nasib baik ada meja kosong lagi. So tanpa fikir panjang, baik kitorang duk semeja. Memang personally aku terasa janggal la. Melihat mata-mata yang memandang. Walaupun ada gak segelintir yang aku kenal, tapi still ada segerombolan yang aku tak pasti 'pernah ke aku tengok dia nie kat fakulti?'. So untuk menenangkan perasaan, aku pun berborak dan buat lawak bodoh ngan rerakan semeja aku jer.

Pukul 9.00 majlis bermula, memang makanan malam tu sedap-sedap belaka. Kiranya tak membazir RM20 aku. Memula kami dihidangkan dengan Nasi putih + ikan siakap goreng + Sotong Goreng Tepung + Kailan goreng + Telur Dadar + Tomyam Campur. Memang berselera la aku malam tu. Walaupun tak berapa gemar makan ikan, tapi sebab dah lapar, aku sental ajer. Hihihi. Second round plak, kami dihidangkan dengan BBQ ayam, sosej + buah tembikai + french fries + kuih seri muka (betul ke nama kuih tu seri muka... aku main hentam jer... wekekeke). Memang full betul aku malam tu. Hihihi...

Sambil-sambil menjamu selera, kitorang dihiburkan oleh The Lost Boys (betul ker..?!??!) walaupun aku rasa lebih terhibur jika aku menghiburkan diri sendiri. Kenapa..?? tak payah lah aku cerita, kang betul-betul Lost pulak bebudak tue. Wekekekek. Pastu ada lak anugerah-anugerah seperti Daddy Cool & Mommy Cool (utk org yang cool), Helmet & Rim Emas (utk mat-mat yang gemar modify keter n motor), Mat Ribut (utk mereka yang kelam-kabut), CIMB (Computer Is My Bestfriend - utk mat-mat n minah-minah yg asik duk depan PC 24 jam) dan byk lagi la. Aku pun lupa. Mungkin sebab aku tak tercalon utk apa-apa anugerah kot. Wekekekek. Takde la. Congratz kepada yang menang terutamanya kepada Mat Sang and Mama Marlia sebab menang Daddy n Mommy Cool. Wakil dari UTMP tu. Hihihi. Pastu ada lucky draw plak, namun aku unlucky giler malam tu. Ye la, kertas nombor aku hilang pulak, so terpaksa la aku tengok jer orang lain menang. Uwaaaaa...!!!

Itu je lah aktiviti malam tu. Memang happy sebab dapat berkumpul ngan memember. Tapi... aku tak puas hati dengan layanan beberapa pihak kat kitorang (bebudak UTMP). Kenapa diorang takleh terima kita sebagai bebudak UTMJB yek...??? Kenapa title bebudak UTMP tu mesti terus melekat kat maner2. Well, maybe ada sesetengah daripada kita (bebudak UTMP) yang berbangga dengan title tu. Personally aku pun suka dengan title tu. Memang 'rare' habis. Tapi tak payah lah cop terus dgn nama tu. Sebab masa mama marlia menang mommy cool, ada la orang tu cakap " Ohh, awak dari UTMP ya". Hmm.. o komen la.

And satu lagi, memula aku nak mintak maaf kat sesaper yang kecik hati bila baca blog aku yang laser sikit ni. Aku tengok segelintir (segelintir yek... bukan semua) bebudak UTMJB nie, mmg sosial giler. Sebab pada malam tu siap ada anugerah Merpati Dua Sejoli lagi. Anugerah tu ditujukan kepada mereka (balak n awek) yang memang berkepit + bercouple + bercintun. So from this act, nampaknya mcm diorang plak yang menggalakkan benda-benda nie berlaku. It's not that I'm an anti-social, juz that's not appropriate la. Kita datang niat baik nak jumpa kawan-kawan, tapi majlis dicemarkan dengan benda-benda macam tu. Siap ada yang buat pengakuan lagi, I Love U la, Aku Sayang *toot* la. Hmmm... sendiri buat sendiri tanggung la yek.

So, mintak maaf la kepada semua yang membaca blog aku kali ni. Ye la, aku sedar yang aku pun tak perfect. So, sama-sama la kita memperbaiki diri masing-masing. Kalau aku salah, korang tegur yek. That's what friends are for, right..???. Okies, stay Xantastico everybody. May Allah bless you all.


2 Comments:

  • At 11:21 AM, Blogger beeXan said…

    Ramai jugak yg dtg... dlm 130 org... well... mmg la tak ramai yang baca blog aku nie... cuma takut yg tak ramai tu plak yg terasa or tak puas hati plaks... so mintak maaf je ler... wekekekek :P

    p/s: post batu layar coming soon la... gambar takder la... hihihi :P

     
  • At 6:42 PM, Blogger Ikhwan Hayat said…

    Mat Sang jadi Papa Cool! biar betuullll :)
    apa yg cool sgt dia tuuh... :D
    aiihh terkenang masa aku muda2 dulu..

     

Post a Comment

<< Home