Xanotopia Version 1.0

The Realm Where Abijan Roam

Monday, October 25, 2004

Last Day @ UTM

Today is the last day aku duk kat UTM, well as a degree student la. Memang sedih rasanya nak meninggalkan tempat nie. Pagi Sabtu, dimulakan dengan dwen mengucapkan selamat tinggal. Semalam lak gi hantar achai ke airport, masa tu dah mula sebak rasa di hati. Pagi ni pulak, an_urb n sirapz plak mengucapkan salam perpisahan, isk isk isk. Memang sedih sgt, tapi apa boleh buat, masing2 ada haluan hidup masing2.

Lepas tgk sirapz bersiap, aku terus gi mandi, ye la, sbb nak ke fakulti hantar tesis. Sesampai ke fakulti, trus jumpa penyelia n sempat jugak mintak maaf n wish Selamat Hari Raya. After that, gi jumpa pensyarah SCP 3223 nak mintak naik markah (actually dia yang suruh kitorang dtg... so datang je la). Alhamdulillah, markah aku dpt dinaikkan. Tak yah lah diberitahu berapa, tapi memang syukur kepada Allah yang maha Esa.

Habis tgk markah, jumpa kengkawan yang ada kt fakulti. Ucap selamat tinggal n berborak sampai la terlupa waktu. Bayangkan kitorang berborak sampai sejam kat kerusi Jabatan tu. Hihihi. Tapi tak pe la, pasni bila lagi dapat peluang camtu. Maybe lepas nie sumer dah jadi org2 ternama, so dah takder masa nak jumpa kengkawan camtu. Hihihih

Pukul 2 baru aku balik ke kolej, finalize bebarang yg nak dibawa balik n kemas sikit bilik. Pastu gi tolong mestdelma anta barang dia ke pejabat pos. Masa nak keluar tu plak, berlaku la plak satu insiden yang mmg tak ngeri langsung. Ada la sorang mamat nie tetiba cari gaduh ngan aku. So, long story short, aku malas nak layan n biarkan ia berlalu. Tak sangka camtu kesudahan aku ngan dia. Masa tahun satu bukan main baik lagi. Tapi at last, per'sahabat'an kami diakhiri dengan pergaduhan. Malas betul aku nak bergaduh masa tu. Ye la, dh la tgh poser, badan pun tgh penat. Kalau ikutkan nafsu, mmg terkeluar jugak ayat2 yang kureng sedap didengar, tp teringat lak... " Sesungguhnya org yang kuat bukan la kuat semasa berlawan, tapi org yang dpt menahan sabar ketika dalam pergaduhan" Alhamdulillah kerana Allah berikan aku kekuatan tu. N terima kasih jugak kepada mestdelma sebab backing aku masa tu. You're the best mest. Biar lantak pi ngan dia tu. Hihihihi.

Abis anta barang Mest, lepak2 sekejap n pastu angkat bebarang aku yang banyak giler tu. Thanx a lot to mest ngan Long. Kalau xder diorang, terpakse la aku angkat barang aku sengsorang. Kang tak pasal2 terpakse lak bukak poser. Wekekekeek.

Pukul 6 bertolak balik ke KL ngan acoi. Sesampai jer kat tol Machap, azan berkumandang dan kitorang oun berbuke kat situ. Tapi minum air jer sbb kitorang plan nak makan KFC kat restoren jejantas. Lepas minum, trus bertolak ke Ayer Keroh. Perjalanan amik masa sejam setengah jugak la, sbb drive malam. Aku ni rabun malam so xleh nak drive lelaju malam2 nie. Mmg sepanjang perjalanan maintain 100 km/j jer. Sampai kat ayer keroh dalam kul 9.30 mlm. Pas makan trus ke Senawang anta acoi. Pastu sampai umah plak kul 12.00mlm. Hihihi. Lewat giler.

Hmmm... pepehal, aku juz nak ucapkan thankx to all my UTM frenz sbb sudi jadi kawan aku selama 4 tahun 1/2 nie. Memang korang sumer best la. Aku doakan korang sumer berjaya la dalam apa yang korang buat. May Allah bless u all. Adios

0 Comments:

Post a Comment

<< Home